Andai Perempuan Mengerti dan Tahu

>>Thursday, 16 June 2011?



Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang
begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, 
wanita itu tak semestinya cantik. 
Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. 
Malah lelaki boleh menyukai wanita yang
mempunyai banyak persamaan dengannya 
samada dari segi pemikiran atau minat. 
Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui 
perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya 
untuk menambat hati wanita…
Lelaki memang dilahirkan dgn 
perasaan yg kuat terhadap wanita..
sebab itu mereka suka melihat wanita, 
menjeling wanita dan menonton Baywatch! 
Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan
dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho 
hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm. .tengoklah dulu"..
itu seringkali bermaksud dia
berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point
dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin 
bersikap jujur dan berterus-terang dan
mengharapkan wanita memahami maksudnya
Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, 
datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila 
perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya 
pasal perempuan dari library atau buku semata2. 
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..
dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… 
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam 
tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan 
supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo 
dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..
dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…
yang lain hanya kawan..
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, 
lelaki juga rasa bersedih..
cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, 
perempuan itu patut bagi hint! 
Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. 
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari
perempuan yg dikasihi. 
Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, 
walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. 
Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Posted By Hafiz Wahab/ 0notes

>>Older Post | Newer Posts<<