NaK meNGeTahUI MahMuDaH Vs MazMUmAh!!!

>>Thursday, 9 June 2011?




MAHMUDAH (SABAR)

Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.
                Firman Allah yang bermaksud : “ Dan bersabarlah kamu bersama – sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengaharap keredaan-Nya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas”. (Surah al-Khafi 18: 28)
                Menerusi ayat di atas, bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah. Perintah sabar di atas sekali gus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang yang lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
                Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.” (Riwayat Muslim)
                Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.
                Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah!

MAZMUMAH (KELUH-KESAH)

Keluh-kesah berlawanan sifatnya dengan sabar. Mereka yang mempunyai sifat ini kerap mengomel lantaran kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar. Biasanya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan ALLAH s.w.t. Mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan ALLAH s.w.t mempunyai hati yang bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. atas setiap dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Bebanan hidup yang berat adalah salah satu bentuk ujian ALLAH kepada manusia. Ujian itu diberi untuk menguji sama ada manusia beroleh syurga atau neraka.
                Manusia yang tercipta ALLAH sifatnya tidak sempurna, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan apabila menerima ujian. Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. juga diuji apabila suatu ketika rasa keberatan melakukan kerja rumah. Lantas , dia meminta suaminya, Saydina Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta pembantu rumah.
                Permintaan Fatimah itu tidak dapat dipenuhi. Bahkan ia amat membimbangkan Rasulullah s.a.w., kerana aduan itu timbul daripada perasaan keluh-kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
                Rasulullah s.a.w. bertemu dengan puterinya lalu menasihatkannya supaya membaca SubahanAllah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidur. Selepas itu, Sayidina Ali dan isterinya mengamalkan wirid yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi berkeluh-kesah dalam menghadapi kerja-kerja sehariannya yang berat, malah berasa cukup bahagia melakukannya.
                Itulah  dia ubat yang mujarab dalam menghadapi dugaan dan menjauhkan kita daripada bersifat keluh-kesah. Moga ingatan kita yang tidak henti-henti kepada ALLAH s.w.t. akan menyebabkan kita berasa tenang bahkan bahagia menghadapi kehidupan sehari-hari. Insya-ALLAH.

Posted By Hafiz Wahab/ 0notes

>>Older Post | Newer Posts<<